(PEMBENTUKAN KATA NAMA)

Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu
·         Kata Nama Tunggal:
-          Ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak mengalami pengimbuhan, pergandaan, dan pemajmukan.
-          Contohnya:
Dunia
Zoo
wanita
kampung
Keris
Garam
tudung
belantara
Keldai
Negeri
pagar
demokrasi
gong
Dam
lengkuas
malaikat

·         Jenis Kata Tunggal:

-          Bentuk Kata Tunggal Satu Suku Kata
1.      KV={yu,ru,ya}
2.      VK={am}
3.      KVK={cat,wang,bah}
4.      KKVK={stor,gred,skor}
5.      KVKK={teks,bank,zink}
6.      KKKVK={skrip,spring,straw}

-          Bentuk Kata Nama Tunggal Dua Suku Kata
1.      V + KV = {aku,apa,ubi}
2.      V + VK = {air,aur,ais}
3.      V + KVK = {adik,emas,ubat}
4.      VK + KV = {undi,impi,angkan}
5.      VK + KVK = {ambil,umpan,angkat}
6.      KV + V = {dua,doa,tua}
7.      KV + VK = {jauh,tuah,buah}
8.      KV + KV = {jala,pasu,buku}
9.      KV + KVK = {kapal,telur,sikat}
10.  KVK + KV = {lampu,binti,tunggu}
11.  KVK + KVK = {bangsal,bintang,tampung}

-          Bentuk Kata Tunggal Tiga Suku Kata
1.      KV + V + KV = {cuaca,suara,tuala}
2.      KV + V + KVK = {biawak,piutang,ziarah}
3.      V + KV + V = {usia,idea,urea}
4.      KV + KV + V = {semua,mulia, kaedah}
5.      KVK + KV + V = {tempua,mentua,sempua}
6.      KV + KV + VK = {keruan,seluar,haruan}
7.      KVK + KV + VK = {mengkuang,mendiang,berlian}
8.      V + KV + KV = {udara,utama,irama}
9.      V + KV + KVK = {ijazah,amanah,aqidah}
10.  VK + KV + KV = {asmara,antara,isteri}

-          Bentuk Kata Tunggal Empat Suku Kata Atau Lebih
1.      KV + KV + VK + KV = {keluarga,biduanda}
2.      KV + KVK + KV + KV = {sederhana,sayembara}
3.      KVK + KV + KV + KV = {laksamana,sandiwara}}
4.      KVK + KV + V + KV = {sentiasa}
5.      KV + KV + KV + KV = {bidadari,serigala}
6.      KV + KV + KV + KVK = {munasabah,hulubalang}

·         Bentuk Kata Akronim
1.      Tergolong dalam kata tunggal.
2.      Akronim boleh ditulis dalam tiga cara.

·         Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
-          Contoh:
-          ABIM – Angkatan Belia Islam Negara
-          IKIM – Institut Kemahiran Islam Malaysia
-          ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri

·         Gabungan suku kata dengan huruf awal / gabungan suku kata dengan suku kata
-          Contoh:
-          Mara – Majlis Amanah Rakyat
-          Perkim – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
-          Bernama – Berita Nasional Malaysia

·         Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)
-          Contoh:
-          tabika – taman bimbingan kanak-kanak
-          kugiran – kumpulan gitar rancak
-          cerpen – cerita pendek

·         Kata Nama Terbitan:
-          Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
-          Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan.

Di awal kata (awalan)
Di akhir kata (akhiran)
Di awal dan di akhir kata (apitan)
Di pertengahan kata (sisipan)

·         Contoh-contoh imbuhan:

di awal kata
pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- di akhir kata
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
Per-…-an, penge-…-an, peng-…-an, pen-…-an, pem-…-an, per-…-an, dan ke-…-an

·         Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu:

Kelas Kata
Kata Dasar
Kata Terbitan
Kata Kerja
Peraga
Latih
Bawa
Lawan 
Peragawati
Latihan
Pembawaan
Perlawanan 
Kata Sendi
Oleh
Untuk
Perolehan
Peruntukkan
Kata Nama
Lombong
Rumah
Guru
Perlombongan
Perumahan
Perguruan
Kata Adjektif
Cantik
Besar
Tinggi
Kecantikan
Pembesar
Ketinggian

·         Kata Terbitan Bersisipan:
-          Wujud dalam Kata Nama, Kata Adjektif dan Kata Kerja.
-          Contoh:
a.       Sisipan kata nama
-el- (kelengkeng,telunjuk,kelabut)
-er- (keruping,seruling,serabut)

b.      Sisipan kata adjektif
-el- (kelebek,selerak,gelembung)
-er- (gerodak)
-em-(gemilang,semerbak,gemerlap)
-in-(sinambung)

c.       Sisipan kata kerja
-el- (jelajah,gelegak)

·         Kata Majmuk:
-          Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih.
-          Perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah.
-          Contoh:
1.      Kerusi malas
2.      Biru laut
3.      Terima kasih
4.      Telefon dail terus

-          Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa.
-          Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
-          Contoh: Antara rumah batu, tidak dapat disisipkan. Perkataan yang (*rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu)

·         Bentuk-bentuk Kata Majmuk:
-          Kata majmuk rangkai kata bebas
-          Kata majmuk istilah khusus
-          Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan

·         Kekecualian Bentuk Kata Majmuk:
-          Kata ini dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar.
-          Bentuk ini dianggap sudah mantap dan disenaraikan seperti berikut:

apabila
apahal
apakala
antarabangsa
beritahu
bagaimana
bumiputra
darihal
kakitangan
dukacita
jawatankuasa
daripada
kerjasama
kadangkala
padahal
persuruhjaya
manalagi
manakala
matahari
setiausaha
sukarela
sukaneka
suruhanjaya
tanggungjawab

·         Pandangan Kata Majmuk:
-          Apabila kata majmuk digandakan hanya melibatkan unsur pertama sahaja.
-          Bagi kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap, penggandaan melibatkan seluruh unsurnya seperti berikut:
1.      jam-jam tangan
2.      jalan-jalan raya
3.      persuruhjaya-persuruhjaya
4.      warganegara-warganegara
5.      timbalan-timbalan pengarah
·         Kata Ganda:
-          Kata dasar yang mengalami proses pengulangan.
-          Berlaku dalam dua cara, iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar dan pengulangan yang melibatkan sebahagian kata dasar sahaja.
-          Semua golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas dapat embentuk kata ganda.

·         Jenis Kata Ganda:
-          Penggandaan penuh
-          Penggandaan berentak
-          Penggandaan separa

·         Penggandaan Penuh
-          Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak.
-          Contoh:
a.       Cantik-cantik
b.      Penderma-penderma
c.       Jalan-jalan
d.      Bangunan-bangunan
e.       Orang-orang

·         Penggandaan Separa
-          Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
-          Contoh: sesiku, jejari, lelangit, dan kekuda
-          Jika penggandaan separa digunakan pada kata terbitan, hanya kata dasar yang utama sahaja yang digandakan tanpa melihat imbuhannya.
-          Contoh:
a.       Tinjau-meninjau
b.      Bergaduh-gaduhan
c.       Benci-membenci

·         Penggandaan Berentak
-          Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
-          Terdapat 3 bentuk penggandaan berentak iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan bebas.

-          Pengulangan vokal
a.       Kuih-muih
b.      Lauk-pauk
c.       Selok-belok

-          Pengulangan konsonan
a.       Gopoh-gapah
b.      Huru-hara
c.       Mandi-manda

-          Bebas
a.       Ipar-duai
b.      Kusut-masai
c.       Tungkus-lumus

No comments :

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved TheAlyaaPistachio.blogspot.com