SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN



Pengenalan

Bermula 1972 , sistem ejaan bahasa melayu digunakan berkat peranan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi negara ini . Sebanyak 26 abjad digunakan dalam sistem tulisan rumi . Lima abjad terdiri daripada fonem vokal , iaitu a , e , i , u dan o . Ada duavariasi bsgi fonem [ e ] , iaitu e taling dan e pepet . Terdapat tiga bentuk diftong , iaitu [ ai ] , [ au ] ,[ oi ] yang terkandung dalam perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman . Dalam sistem tulisan pula , fonem - fonem diftong boleh di bahagian awal ,tengah ,ataupun akhir perkataan.
  
       ➱Bunyi dan huruf

  • Abjad ada 26 abjad.
  • Vokal ada 6 (a /e pepet/ e taling/ i/ o/u )
  • Konsonan ada 21
  • Diftong ada 3 (ai, au, oi)
  • Digraf ada 5 (kh, gh, ng, ny, sy)
      ➱ Pola keselarasan vokal
         Keselarasan vokal            Contoh perkataan

  • a -a                           →       mata
  • a -i                            →       batik
  • a -u                           →        baju
  • e (pepet)- a               →        jelas
  • e (pepet)- i               →        lentik
  • e (pepet)- u              →        telur
  • e (taling)- o             →         enak
  • i -a                           →        bintang
  • i -i                            →       dinding
  • i -u                           →        hidung
  • o -a                          →        botak
  • o -e (taling)             →        toleh
  • o -o                          →        botol
  • u -a                          →        tunggal
  • u -i                          →        kubis
     ➱ Ejaan kata pinjaman
  • Pennyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu
  1. [cc- ks] access menjadi akses.
  2. [x- ks] express menjadi ekspres.
  • Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama.
  1. [ff- f ] traffic menjadi trafik.
  • Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal.
  1. [oo- u] boot menjadi but.
  • Pengekalangugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian.
  1. block menjadi blok
  2. draft menjadi draf.
  • Huruf [g] yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan bahasa Inggeris ditulis sebagai [g] dalam bahasa Melayu.
  1. generation menjadi generasi.
  2. agent menjadi agen
  • Kata yang asalnya berakhir dengan - sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, -sianol
  1. lotion menjadi losen.
  2. section mrnjadi seksyen.
  • Pengekalan kata yang berakhir dengan -ism
  1. nationalism menjadi nasionalisme.
  • Pngejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.
  1. pencil menjadi pensel
  2. action menjadi aksi
  3. dial menjadi dail
      ➱ Penulisan kata sendi nama
  • Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama.
  • Kata sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering digunakan. Antaranya ;
        a). Kata sendi nama di
  • kata sendinama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat seperti ;
  1. di sekolah
  2. di jalan
  • Tidak boleh menerangkan waktu, masa atau zaman.
  • contoh ;
  1. Di pagi hari (salah) -Pada pagi hari (betul)
  2. Di kurun ke-15(salah) - Pada kurun ke-15 (betul)
  3. Di zaman itu(salah - Pada zaman itu (betul)
        b) Kata sendi nama ke
    • Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.
    • Ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan manusia atau binatang.
    • Contoh ;
    1. Ke pihak polis (salah) - kepada pihak polis (betul)
    2. Ke Ali (salah) - kepada Ali (betul)
           c). Kata sendi nama dari
    • Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.
    • Yang menyatakan arah, tempat dan waktu atau nama.
    • Contoh ;
    1. Bertiup daripada utara (bertiup dari utara)
    2. Daripada kiri ke kanan (dari kiri ke kanan)
    3. Daripada pukul 10.00 pagi (dari pukul 10.00 pagi)
           d). Kata sendi nama daripada

    • Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.
    • Menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan
         ➱ Pengguna tanda baca
    • tanda baca noktah (.)
    1. berakhir dengan sesuatu ayat.
    2. digunakan untuk menyatakan singkatan
    • tanda baca sempang (-)
    1. sebagai tanda kata ganda
    2. antara ke dengan angka
    3. antara angka yang tahun dengan akhiran -an.
    4. antara huruf kecil dengan huruf besar.
    • tanda baca seru (!)
    1. hadir di akhir ayat seruan
    2. salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
      ➱ Penulisan kata ganti nama singkat

    • 4 singkatankata ganti nama, seperti;
    • kau, ku, mu, nya.
    • mu dan nyabagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama.
    • ditulis dengan menggunakan tanda sempang.
       ➱ Penulisan partikel

    • 4 partikel = -lah, -kah, -tah, -pun.
    • partikel -lah, -kah, -tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya.
    • partikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya.
    • partikel -pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan.
      ➱ Awalan kata kerja.

    • Pen- (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-).
    • Pe- (tidak melibat sebarang  perubahan bunyi).
    • Per- (tidak melibat sebarang perubahan bunyi dan tidak produktif).
    • Ke- (hanya bergabung beberapa perkataan dan tidak melibatkan perubahan huruf).
    • Juru- (mebdukug makna ahli @ terlibat secara langsung dengan pekerjaan).
    • Di- (bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja).
    • Diper- (bergabung kata nama, kata adjektif dan kata tugas).
      ➱ Akhiran kata nama.

    • Akhiran kata  nama - an.
    • Membawa makna kaw @ bidang yang luas.
    • Membawa makna orang, haiwan, atau benda yang jadi penderita kerja.
    • Membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat terkandung dalam kata dasar.
    • Membawa makna tempat melakukan sesuatu.
    • Membawa makna ukuran.
      ➱ Akhiran kata kerja.
    • Terbahagi kepada dua ;
    1. -i.
    2. -kan.
    • Membentuk katakerja transitif.
    • Imbuhan akhiran ini hanya hadir dalam 2 ayat sahaja iaitu ;
    1. Ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua.
    2. Ayat suruhan.
     ➱ Apitan kata nama.

    • Pen-..-an(pe-..-an, pem-..-an, pen-..-an, peng-..-an dan penge-..-an).
    • Pe-..-an.
    • Per-..-an.
    • Ke-..-an.
     ➱ Apitan kata kerja.
    • Men-..-kan (membentuk kata kerja transitif aktif daripada semua golongan kata dasar ).
    • Membawa 3 makna ;
    1. Membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar.
    2. Membawa maksud kausatif @ menyebabkan.
    3. Membawa makna benefaktif @ manfaat.
    • Ber-..-kan (membentuk kata kerja tak transitif).
    • Contoh ;
    1. Berdasarkan bukti ⇨ berdasar pada bukti.
    2. Bersenjatakan pistol ⇨ bersejata dengan pistol.
    3. bertanyakan khabar ⇨ bertanya tentang khabar.
    • Ber-..-an (membentuk kata kerja tak transitif).
    • Membawa 3 makna iaitu ;
    1. Membawa makna banyak yang berlaku.
    2. Membawa makna perbuatan antara 2 pihak @ bersalingan.
    3. Membawa makna berulangan, berterusan atau berpanjangan.
    • Di-..-kan (apitan ini ialah bentuk pasif bagi men-..-kan).
    • Men-..-an (membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata dasar dalam semua golongan dan dan membawa makna lokatif).
    • Di-..-(merupakan bentuk pasif bagi men-..-i).
    • Memper-..-kan (membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata nama dan kata kerja).
    • Membawa 2 makna iaitu ;
    1. Makna kausatif iaitu menjadikan @ menyebabkan.
    2. Makna menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja.
    • Memper-..-i (membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata-kata yang pada umumnya kata kerja tak transitif berawalan ber-).
    • Ke-..-an (membentuk kata kerja dalam ayat pasif).
    • Diper-..-kan (merupakan bentuk pasif bagi memper-..-kan).
    • Diper-..-i (merupakan bentuk pasif bagi memper-..-i).
      ➱ Apitan kata adjektif.
    • Hanya melibatkan ke-..-an.
    • Membawa makna 'bersifat seperti' yang tersebut pada kata dasar.
    • Contoh;
    1. Kemelayaan ⇻ bersifat melayu.
    2. Kebaratan ⇻ bersifat orang barat.
       ➱ Sisipan kata nama.
    • Yang membentuk kata nama seperti ;
    1. -el.
    2. -er.
    3. -em.
    • Bermaksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
    • Contoh;
    1. Kemumur ⏩ kelemumur.
    2. Kuping ⏩ keruping.
    3. kuncup ⏩ kemuncup.
      ➱ Sisipan kata adjektif.
    • Bentuk kata adjektif ialah ;
    1. -em-.
    2. -el-.
    3. -er-.
    4. -in-.
      ➱ Sisipan kata kerja.
    • Tiada sisipan yang berlaku.
    • Kata nama dan kata adjektif yang ada sisipan.
    • Boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan.
    • Contoh ;
    1. Kelupas ⤁ berkelupas.
    2. Kelemumur ⤁ berkelemumur.
    3. Keruping ⤁ berkeruping.
     ➱ Penulisan kata ganda.
    • Penulisan bagi perkataan bentuk kata ganda hendak menggunakan tanda sempang (-).
    • Contoh ;
    1. Daun - daun.
    2. Bergoyang-goyang.
    3. Kejar - mengejar.
    4. Serba -serbi.
     ➱ Prinsip dan dasar bahasa baku.
    • Dalam Dewan Kamus1989, perkataan baku membawa pengertian yang sudah diterima umum.
    • Bahasa Melayu baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa.
    • Bahasa baku yang digunakan dalam penulisan rasmi ialah bahasa yang digunakan setiap hari dalam urusan rasmi.
    • Sifatnya rasmi.
     ➱ Peristilahan kata umum Bahasa Melayu.
    • Mana- mana kata umum dalam Bahasa Melayu boleh dijadikan istilah dengan syarat ;
    1. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
    2. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat.
    3. Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
      ➱ Unsur dan proses tatabahasa dalam peristilahan.
      • Penggunaan kata akar / bebas.
      1. Dapat dibentuk daripada kata akar.
      2. Contoh ;
           ➭Gaya.
           ➭Sudut.
           ➭Kaji.
           ➭Rumpuk.
           ➭Watt.
           ➭Volt.
           ➭Asid.
      • Proses pengimbuhan.
      1. Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun anrata bentuk dan makna.
      • proses penggandaan.
      1. Mengungkapkan konsep keanekan, kemiripan, kumpulan atau kejamakan.
      2. Dapat dibentuk dengan penggandaan.
      • Proses penggabungan.
      1. Merupakan gabungan kata sepadat- padatnya berbentuk singkat.
       ➱ Istilah singkatan dan lambang.
      • Singkatan.
      1. Berbentuk 4 cara melalui penggunaan ;
            ⤍Menggugurkan satu bahagian atau lebih.
            ⤏Menyikatkan huruf ejaan tetapi berbentuk lengkap.
            ⤏Menggabungkan suku kata atau bahagian kata.
            ⤏Menggabungkan huruf pangkal setiap kata.
      • Lambang huruf dan bilangan.
      1. Singkatan khusus berdasarkan kebiasaan.
      2. Terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik.
      3. Digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
      • Lambang Gambar.
      1. Dinyatakan lambang yang serupa gambar.
      2. Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan.
      3. Contoh ;
      • Jantan ⧬
         ➱ Kaedah pengejaan istilah pinjaman.

            ➥ Jenis ejaan.
      • Ejaan Grafemik.
            ➸ Ejaan rumi.
      • Ejaan Etimologi / asal.
      • Ejaan Transliterasi.
           ➸ Arab.
      • Ejaan Transkripsi.
           ➸ Istilah asing tanpa diterjemahkan.

          ➥ Penyesuaian Ejaan.
      • Istilah asing yang sudah sebati dalam bahasa Melayu.
      • Istilah asing belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu.
      • Istilah baru dipinjam dan belum sebati dalakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal terlihat.
          ➥ Penyesuaian ejaan imbuhan asing.
      • Sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap.
      • Jarang dianggap sebagai imbuhan.
      • Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan
      • Digunakan untuk pembentukan istilah lain.
          ➥ Gugus konsonan.
      • Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata / istilah pinjaman.

          ➧ LATIH TUBI

      • Kata ganti diri pertama.

      1. Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu," lafaz Pak Man dalam doanya.
      2. "Rumah saya tidak jauh dari sini," kata Rahim kepada orang tua yang bertanya kepadanya itu.
      3. "Beta izinkan mamanda menteri berangkat sekarang juga," titah Sultan Ali.
      4. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.
      5. "Hamba telah banyak melihat corak hidup manusia," kata pengembara itu kepada Engku Azlina.

      • Kata ganti diri kedua.

      1. Awak pekerja yang patuh
      2. Kamu semua adalah murid yang baik
      3. Guru mencari engkau.
      4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
      5. Tunku akan bersiram sekejap lagi.
      • Kata ganti diri ketiga.
      1. Dia pegawai pendidikan
      2. Mereka itu orang India
      3. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
      4. Ia diburu oleh pihak polis.
      5. Beliau banyak membantu penduduk di situ.

        • Kata kerja transitif.
        1. Osman membasuh kasut di bilik air.
        2. Gadis itu memperindah gubahan bunganya.
        3. Ibu menidurkan adik di dalam buaian.
        4. Guru-guru itu sedang memperbahaskan isu semasa.
        5. Gadis itu mempersuami pemuda yang kaya-raya.
        • Kata kerja tak transitif.
        1. Nenek sedang mandi di perigi.
        2. Mereka berehat di bawah pokok.
        3. Aini menyanyi sambil menari.
        4. Lori itu terhumban ke dalam sungai.
        5. Dedaun kering itu berguguran ditiup angin

        Asal Usul Bahasa Melayu

        Blog ini akan digunakan untuk tugasan Bahasa Kebangsaan 2017, Harap maklum. 
        Selamat Datanglah kepada pengunjung blog yang tak seberapa nie. huhu. jadi first entri nie kami ditugaskan untuk menulis tentang asal usul Bahasa Melayu. 
        1,2,3 start.
        1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

        2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
        3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
        4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

        5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

        6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
        a. Bahasa Melayu Kuno,
        b. Bahasa Melayu Klasik dan
        c. Bahasa Melayu Moden.

        Bahasa Melayu Kuno
        1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

        2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

        3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

        a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
        b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
        c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
        d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

        4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

        5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

        6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

        7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

        a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
        b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
        c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan – dngan atau dangan)
        d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
        e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat)
        f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
        g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

        Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

        1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

        2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
        a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
        mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
        b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat 
        c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

        3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

        Bahasa Melayu Klasik

        1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

        2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

        3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

        a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. 
        b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

        c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
        “Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

        4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :
        a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
        b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
        c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
        (Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

        5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

        6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :
        a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
        b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
        c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
        d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

        7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

        8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

        Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

        1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.
        2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.
        3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 
        4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
        5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat
        6. Banyak menggunakan partikel “pun’ dan `lah’

        Perkembangan Bahasa Melayu Moden

        1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

        2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

        3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. 
        4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).
        5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

        SUMBER : bmstpm.blogspot.com
        Copyright© All Rights Reserved TheAlyaaPistachio.blogspot.com